
e-Invois Episod 1-Apa Itu e-Invois
Ini adalah video pertama daripada Bryan Cheong mengenai perbincangan e-Invois yang akan dilaksanakan mulai tahun 2024 di Malaysia. Tajuk perbincangan hari ini ialah konsep e-Invois, iaitu semua invois kena hantar kepada LHDN dan dapat pengesahan sebelum kita bagi invois kepada pelanggan. e-Invois bukan saja terhad kepada perniagaan besar, tetapi perniagaan SME juga kena buat e-Invois. Manakala rakyat umum kena dapat e-Invois untuk “claims” dan pelepasan cukai semasa melapor cukai pendapatan.








